Utama › Laporan Qurban

Laporan Qurban Anda

Bukti ibadah anda, bukan sekadar resit. Gambar sebelum & selepas sembelihan, video, agihan daging dan sijil — semak sendiri bila-bila masa.

Cara semak

Tiga langkah. Anda perlukan dua maklumat sahaja.

1

Ambil nombor tempahan

Nombor tempahan (Order Number) ada dalam mesej WhatsApp dan emel pengesahan yang kami hantar selepas anda bayar.

2

Masukkan nombor telefon

Nombor telefon yang sama dengan yang digunakan semasa tempahan, format 60123456789 (tanpa + dan tanpa jarak).

3

Buka folder & muat turun

Paparan menunjukkan butiran tempahan anda dan pautan Buka Folder — gambar, video sembelihan, agihan dan sijil ada di situ.

Semakan tempahan

Masukkan maklumat, terus nampak laporan

Kedua-dua maklumat mesti sepadan dengan rekod tempahan. Kalau tak sepadan, sistem tidak akan memaparkan apa-apa — ini untuk melindungi data peserta lain.

Semakan Tempahan 2026 Semakan Tempahan 2027 Order Number + Phone · tiada log masuk, tiada kata laluan. Laporan 2027 (gambar, video, sijil) dimuat naik selepas sembelihan Mei 2027; maklumat tempahan boleh disemak lebih awal.

Sebarang pertukaran nama sijil, nama peserta atau lokasi perlu dimaklumkan kepada admin melalui WhatsApp dalam tempoh 24 jam selepas tempahan.

Contoh paparan · data dummy
Apa yang ada dalam laporan

Semua yang anda perlu untuk yakin ibadah anda dilaksanakan

Butiran tempahan

Nombor tempahan, nama pendaftar, nama sijil, nama peserta, pakej dan nombor qurban anda — supaya anda tahu rekod kami tepat.

Lokasi & masa sembelihan

Kampung dan daerah sebenar tempat sembelihan, serta tarikh dan tetingkap masa dalam waktu Malaysia.

Gambar & video sebenar

Haiwan sebelum sembelihan, video sembelihan, dan gambar agihan daging kepada penerima — bukan gambar stok.

Sijil penyertaan

Sijil digital dengan nama sijil yang anda daftarkan. Boleh dimuat turun dan disimpan.

Tak jumpa nombor tempahan? Paparan kosong?

Hubungi kami — kami semak secara manual. Sediakan nama dan nombor telefon yang digunakan semasa tempahan.

WhatsApp bantuan laporan WhatsApp rasmi +6011-1882 3880 · tiada nombor lain
Scroll to Top