Qurban @ Asia

Muslim Al-Fateh

 

Sebut saja Afrika, pasti ramai tahu betapa sempitnya hidup penduduk di sana. Tak dapat dibayangkan bagaimana mereka mampu teruskan kehidupan tanpa adanya bekalan makanan yang cukup setiap hari.

Afrika dikategorikan dalam 10 negara termiskin di dunia. Tubuh kanak-kanak di sana hampir kesemuanya kurus kering dan tidak sihat (kwashiorkor) kerana tidak cukup makan dan tiada bekalan nutrisi. Sangat berbeza dengan negara kita.

Di Afrika, ibu bapa kanak-kanak di sana terpaksa menahan lapar setiap hari. Pilu hati melihat anak mereka tidak cukup zat untuk membesar kerana tidak mampu membuat apa-apa.

Apa yang ada dan boleh dimakan, itulah yang mereka akan makan demi mengalas perut kerana penduduk di sana sangat fakir miskin.

BERKONGSI NIKMAT

Marilah merasai nikmat ‘memberi’ dengan berkongsi sebahagian daging sembelihan Qurban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.    Muslim Al-Fateh membuka peluang kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk melakukan ibadah Qurban di luar negara yang menghadapi krisis kebuluran dan penindasan.

Qurban Gred A akan dijalankan di Lubnan, Syria, dan Palestin. Manakala Qurban Gred C dan Gred B akan di adakan di Uganda, Afrika. Sebarang pertukaran atau perpindahan tempat akan dimaklumkan kemudian.

qurban murah

Qurban @ Asia Sebelum Ini

Apa kata peserta Qurban @ Asia?